Friday, November 19, 2010

Kata - Kata Hikmah

Salam wbt


Secebis kata yang boleh dimbil pengajaran dan motivasi kepada diri.. =)) ok qiqi.. anda harus pandai membuat pilihan dalam menjalani kehidupan di dunia..



Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Nabi Muhammad SAW


Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.

Khalifah ‘Umar


Setiap orang di dunia ini adalah seorang tetamu, dan wangnya adalah pinjaman. Tetamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.

Ibnu Mas’ud


Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas
dengan buah.

Saidina Abu Bakar As-Siddiq


Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya
ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan.
Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh
menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya
.Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah
bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia
tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.

Saidina Ali bin Abi Thalib


Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.
Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan
tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang
sebenarnya.

Khalifah Umar al-Khattab


Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri
dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut

Saidina Umar bin Al-Khatab


Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat

Khalifah Abdul Malik bin Marwan


Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.

Saidina Umar bin Al-Khatab


untuk diri:

Ayuh motivasi diri!! =))

No comments:

Post a Comment