Salam wbt
"Sebaik - baik perkara adalah yang paling sederhana" - Nabi Muhammad
Sederhana? Maksud sederhana? separuh mungkin.. atau mungkin setengah? atau tidak tinggi, tidak rendah.. atau, tidak gemuk, tidak kurus.. barangkali tidak putih, tidak hitam.. mungkin aku boleh simpulkan disini.. Sederhana adalah suatu keseimbangan dalam pelbagai aspek.. dilihat dari pandangan iman dan akal.. bukan kerana nafsu.. ini bermakna.. sesuatu yang dirasakan sederhana apabila berfikir menggunakan logik akal disamping syariat Islam.. tidak asing lagi ungkapan, 'Islam Mengutamakan Keserdehanaan'.. sering terungkap.. sering terdengar.. sering dipaparkan.. di mana - mana sahaja.. Baginda (Nabi Muhammad) juga telah mengingatkan Umatnya erti keserhanaan tanda Baginda mencintai Umatnya agar tidak leka dan berpaling arah dengan ajaran/syariat Islam..Aku terfikir untuk merungkai erti keserdehanaan ini untuk mengukur sendiri hati dan diri berkaitan penghayatan erti keserdehanaan dalam kehidupan.. Dalam hal memilih keserdehanaan, msuh utama adalah nafsu kita sendiri.. Tapi kita mampu mengawal nafsu.. Bak kata ustaz Pahrol: Nafsu bukan untuk dihapus, tapi untuk diurus.. Didiklah nafsu agar bekerja untukmu dan bukan sebaliknya..

1. Kederhanaan dalam berbelanja..

haa.. sudah dah.. anak macam mana ni??
Ok.. terkena hunusan pedang ---->.. Ni jadi topic pertama sebab aku baru lepas shopping.. dan aku terfikir tentang ini setelah bershopping.. mungkin boleh dijadikan panduan pada masa akan datang hendaknya.. InsyaAllah.. Dalam aspek berbelanja.. ada dua sahaja pilihan.. Kehendak atau Keperluan.. kehendak inilah bahayanya.. kehendak bermaksud suatu keinginan terhadap sesuatu.. Keperluan pula, suatu benda menjadi perlu (ayat belit ni).. atau dengan kata lain suatu benda asas yang sangat amat diperlukan.. dan mesti dibelanjakan.. sebagai contoh.. kita hendak berbelanja suatu keperluan, kasut.. jadi kita belilah sepasang.. selepas itu, jalan punya jalan, ternampak satu kasut lagi.. timbul kehendak/keinginan untuk membeli.. sebab kasut kedua ni nampak comel je.. ok, di sini digelar kehendak.. haa.. bahagian ni lah yang kita perlu jauhkan.. tapi nafsu kata boleh.. ambillah.. rugi.. duit pun ada lagi ni.. bila lagi nak dapat kasut comel macam tu.. bagaimana nak membuat keputusan?? maka.. fikir balik dan tanya balik dalam diri.. Kehendak atau keperluan?? ataupun.. kata kat diri.. 'dun worry cayang, masa akan datang banyak lagi kasut - kasut comel loteh'.. memang sukar.. tapi aku telah melatih diri dengan ungkapan tadi tu.. maka duit yang lain boleh disalurkan ke benda lain yang lebih diperlukan.. owh ya.. ataupun, jika kita masih duduk termenung memandang kasut tu.. buka langkah.. terus beredar ketempat lain.. InsyaAllah.. satu lagi masalah, perempuan lah.. like me.. banyak nafsunya.. mungkin lelaki di luar sana dapat mengawal nafsu dalam perbelanjaan lebih baik dari perempuan.. yeah, aku akui dan setuju.. namun gurls sekalian.. usah khuatir.. nafsu bekerja untuk kita.. bukan kita bekerja untuk nafsu..! Selesai menguruskan nafsu.. InsyaAllah.. saranan Baginda agar bersederhana akan dicapai.. =)) Maka, bila shopping tu, berpada – pada.. sekadarnya.. dan yang termampu..

Jenaka shopping.. ok, this is cute and funny.. ;-)
Untuk Diri:
Jangan beli banyak – banyak.. satu sudah qi..