Friday, June 17, 2011

=.=

Salam wbt



~NOthing AT all~

Feel something lost.. what is it? come on.. cheer me back..

Thursday, June 9, 2011

SI DIA.. =)


Salam wbt

Setelah menghitung hari.. tiba juga hari ini.. 9 Jun 2011/ 7 Rejab 1432h.. =)) saya pula yg berdebar - debar nak tunggu hari ini.. *wink2*.. Alhamdulillah saya sempat mengucapkan "Happy Bufday" kat dia.. =) be da first? yes! hehe.. saya suka~ walaupun terlewat sedikit.. sebab kat kepala mindset pukul 12.00am.. apa lah Nurul Sakinah ini.. kita kan ada waktu hari Islam.. boleh pula tidak teringat... aishhh.. family selalu jaa wish lepas maghrib kalau burfday ahli keluarga... boley pula termamai time2 bufday si dia.. excited sangat kowt... ;-) hihi.. si dia ni merupakan seowg yang b/twb.. tegas jugak... along yg baek.. untung najwa n adeq yg lain.. suka nature,, novel R.A.M ( Nak jd laksamana Sunan katanya.. ;-)),, striker yang hebat (bangga saya),, suka coklat,, suka kaler hijau,, suka makan gulai ayam kampung,, dan suka susu.. opstttt! ;-)




Untuk si dia..

"Semoga, awak menjadi anak yang soleh.. taat kedua ibu bapa.. =) InsyaAllah.. then... semoga menjadi naib pengerusi persatuan yang berdedikasi! hihi...;-) "

ok lahh...

Happy - happy saje yaa..

Take care yee walau di mana anda berada...

DUN NOTY2.. Berani, cubalah... =p

Lastly... Daq MILO! ;-)


“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..”




Untuk Diri:

Mood: Excited! ;-)

Tuesday, June 7, 2011

CAN I HAVE ONE?


Salam wbt


Can I have one? Huhu.. er bouquet of tulips...

(penangan cerita Nora Elena! ;-))




Friday, June 3, 2011

Rejab

Salam wbt


REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Bingkisan ayat yang memberi seribu erti.. Semoga Rejab kali ini.. memberi makna dan anjakan pada diri ini.. InsyaAllah..



Untuk diri:

Rebut kelebihan Rejab qi.. insyaAllah..

Friday, May 27, 2011

Berakhirnya..


Salam wbt



Berakhirnya...

Berakhirnya semester 5..

Berakhirnya exam killer subject..

Berakhirnya debaran memasuki dewan..

Berakhirnya kerisauan tidak terhingga..

Alhamdulillah.. semua sudah berakhir.. =)


Berakhirnya...

Berakhirnya tugasan sebagai ketua kelas..

Berakhirnya keserabutan kepala berfikir..

Berakhirnya tekanan dalam menghadapi pelbagai ragam manusia..

Berakhirnya kesedihan hati akan kelemahan menggalas t/jwab..

Alhamdullillah.. semua sudah berakhir.. =)


Hati kecil..

Limpahan Syukur padaNya..

Diberi peluang belajar sesuatu yang baru..

Juga syukur diberi teman sekeliling..

Yang sentiasa memberi sokongan... =)


Hati kecil..

Jutaan terima kasih kepada dia..

Atas sokongan padu setiap masa.. =)


Hati kecil..

Jutaan terima kasih kepada rumet, KZ..

Atas sokongan dan pandangan kalian.. =)


Pengakhiran membawa kepada permulaan sesuatu yang lain, rite?

Permulaan yang tiada dijangka..

I will be ready for it..

InsyaAllah.. =)




Untuk diri

Ready for any command sir!! ;-)

Sunday, May 22, 2011

PERASAAN

Salam wbt


Perasaan apakah ini Nurul Sakinah??

Take a rest.. take a deep breath..



Sunday, May 8, 2011

MY LOVE


Salam wbt


Here my love!

(Puan Sariah binti Jaffar)

Selamat Hari Ibu,,

Ina Sayanggggggg Makk.. Muahhh! ;-))

Windu kat makk.. nak nanges! Huhu..



HAVE FUN - SUNGAI CONGKAK



Salam wbt

heeee.. sangat besh ok bermandi manda di sungaii.. oyeahhh.. ;-) Perjalanan pergi dan balik berjalan lancar bersama insan tersayang.. Ain, Nazurah dan Anis.. sayang sgt kat mereka.. di akhir persetujuan, akhirnya hanya kami berempat dapat pergi bersantai, menuju ke Sungai Congkak.. Agak cetek.. jika dibanding dengan Sg Gabai.. Sg Gabai lagi best.. tapi pape pun yang penting keseronokkan ketika bermain.. memang tak ingat dunia.. orang tengok kami pun boleh geleng kepala.. hehe..

Berada di kawasan flora dan fauna memang sangat mengasyikkan.. Alhamdullilah sedikit sebanyak dapat mengurangkan tension,, stress.. dan memberi seribu ketenangan di dalam hati.. =) Duduk sebentar di atas batu.. merenung aliran air sungai.. melihat anak ikan bermain di kaki.. sangat indah! =) Bunyian burung, unggas, flora dan fauna, sungai, batu.. semua berzikir kepada Allah.. sebab itu, kita dapat merasakan satu ketenangan yang luar biasa apabila berada di kawasan flora dan fauna.. MasyaAllah.. "Nikmat Tuhan manakah yang engkau dustakan??" NikmatNya tiada tandingan.. Allah ya Rabb..

“Dia (Allah) adalah Pencipta langit dan bumi...” (Surah Asy-Syura:11)


*lepas ni nak pergi pantai di Ganu lahh.. lalalalala~



Untuk diri:

‘Sakinah’ perlu dicari qi.. =)

Friday, May 6, 2011

HOPES

Salam wbt



Ahh bestnya,
kalau kita hidup di dalam suatu kelompok,
yang SEKEPALA dengan kita sahaja!
Satu fitrah!




Tuesday, April 26, 2011

Sob Ba Ro


Salam wbt


Sabar? Apa yang difahami tentang sabar? Seringkali perkataan sabar muncul tatkala seseorang insan ditimpa musibah.. baek penerima musibah mahupun orang sekeliling.. perkataan yang selalu muncul?

"sabarlah.."

"usah difikir lagi, kita sabar je..."

"sabar itu separuh dari iman"

"sabarkan aje lahh.."

"sabar, segala yang berlaku ada hikmah"

bila dengar perkataan sabar, ada insan yang secara tiba - tiba akan menjadi lembut hatinya, mengesat air mata.. lalu menarik nafas sedalamnya agar menjadi seorang yang sabar.. Alhamdullilah.. ada insan pula, secara tiba - tiba kan menjadi seperti cacing kepanasan.. berpaling dan tidak peduli..

"ahh, aku dah penat bersabar!" atau "sabar aku ada hadnya juga!"


Insan bagaimanakah diri ini?? Di mana aku? hurmmm...

bagaimana nak ukur sabar tu? neraca ka? penimbang eleektronik ka? jawapannya.. TIADA.. dan TIADA.. dan bila tiada alat nyata mengukur sabar.. insan menjadi sambil lewa.. Ouhh.. jika lah mereka tahu bahawa.. sabar itu berat timbangannya.. sudah pasti mereka akan berebut - berebut menjadi insan paling sabar di dunia..


Dan Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

Dan Allah Ta’ala berfirman:

وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الأُمُورِ

“Tetapi orang yang bersabar dan mema`afkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.” (Asy-Syuuraa:43)


Dan Allah Ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)


aku sendiri sedang mendidik diri agar menjadi insan yang sabar,. InsyaAllah.. jua ingin menjadi insan yang tabah.. sabar dan tabah dalam menghadapi segala bentuk ujian.. jujurnya, menjadi seorang yang sabar sangat sukar.. namun, aku harus berusaha.. Sabar dari segi istilah bermaksud menahan.. maka aku harus menahan diri dari marah, melenting, kena cool2.. (bolehkah aku ni.. =(().. Dalam hadith pula mengatakan.. sabar yang betul - betul sabar bila di awal musibah lagi sudah bersabar.. tapi aku, kadang - kadang.. mula - mula marah jugak, lepas tu baru sabar.. aishh.. kena latih diri senantiasa sabar dari awal.. huhu..

Or otherwise.. tukar nama lah jadi NURUL SABARREENA.. orang panggil aku sabar je nanti.. hehe.. can ka?


Untuk Diri:

Sabar qi.. =)

Friday, April 22, 2011

"Langit tidak cerah senantiasa"


Salam wbt


hmm.. tipulah kalau kata hati tak tersentuh kan? pelbagai gelodak perasaan.. ok.. tapi tidak mengapa.. aku tahu, penyelesaian pasti ada.. insyaAllah.. ujian itu ada.. dan kesedaran itu perlu.. May Allah bless us.. kita manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan/kesalahan..

hatiku.. sila bertenang.................



Monday, April 18, 2011

Kelemahan Diri

Salam wbt..


Dua malam.. ya.. dua malam.. hati ku sangat tenang.. melihat ciptaan Ilahi yang tiada tandingan.. bulan.. ya.. bulan purnama yang memancarkan cahayanya.. memancarkan segenap kepekatan malam.. sungguh.. aku sangat tenang.. aku berhentikan langkahku.. berdiri memandangnya.. Subhanallah.. malam itu aku rasakan, sungguh indah.. tersergam megah.. entah kenapa aku begitu terusik melihat keindahan langit malam ketika itu...kaget.. sebak hati menahan.. seperti aku marasakan ingin ku capai, ku genggam, ku peluk erat agar sentiasa bersama aku.. KAU sungguh Agung Ya Allah.. hanya dengan bulan.. KAU telah mengusik hati kecilku akan kebesaranMu.. =((

Tatkala aku melihat bulan.. timbul di hatiku kelemahan diri.. kelemahan insan bernama manusia, kelemahan insan bergelar khalifah di Bumi Allah! =(( ya.. aku insan yang lemah.. Aku jalan.. dan terus jalan.. aku berfikir sekiranya aku mati sekarang, di manakah aku di sisiNya? aku akui.. terkadang aku lalai.. terkadang aku leka.. kerana? kerana kelemahan diriku..... aku bukan insan yang sempurna.. dan aku juga tidak mahu dipandang sempurna oleh mereka kelemahan diri aku ini... hanya aku yang memahami.. lantas.. kata maaf ku jadikan satu kata yang akan meredakan hati manusia lain atas kelemahan diriku.. apa lagi yang mampu aku lakukan? hanya kata maaf dari mulut dan hatiku..

aku berjalan lagi.. aku berfikir sejenak.. manusia? kenapa manusia semakin kejam? ni lah yang sering mengganggu aku.. sebab?? sebab aku.. sebab hatiku ini sensitif.. =( tapi aku melihat sesuatu perkara atas dasar kebaikkan bersama.. tapi, tapi kenapa mereka tidak faham? hurrmmm.. jika diikutkan kata hati.. mungkin.. xpelah, ku sedar kelemahan diri.. jadi langkahku, berdiam.. biar pahit.. langkahku, sentiasa berfikiran positif.. yaa.. mmg sukar untuk terima.. tapi aku harus terima.. cuma aku tidak faham.. kenapa harus ada manusia sedemikian? atau aku sahaja yang tidak boleh menerima? kadang aku sering minta maaf pada hatiku.. kerana sering menahan sebak kesedihan... tabah ye hati! usah berkecil hati dengan sikap manusia!


“Cukup bagiku Allah adalah segalanya”



Untuk Diri:

May Allah bless you qi.. =)

Tuesday, March 29, 2011

1st Time di'cerap'

Salam wbt

Almost two weeks i am being at SK Ampang teacher.. Hari pertama di observe (29/3/2011).. huhu.. aihhh aku nak abadikan di sini jugak.. sampai ke tua aku akan ingat hari pertama di observe ni.. mula - mula.. dup dap dup dap... RPH mmg aku xlepas dari tangan.. tengok step balik.. cabaran aku.. time - time nak observe pula kelas 4Musytari berpecah.. msuk Zuhal sikit.. masuk Bumi sikit.. da aku ke hulu hilir mencari mereka.. huhu.. Mujur gak sempat dengan kerjasama guru laen.. saje je lah kan.. haa.. dari sehari sebelum tu ag aku da pesan kat anak murid.. baek2 dalam kelas cegu esok.. kalo awak wat hal.. siap awak.. ;-) hehe..

Puan Haslinah msuk bersama Cik Maha.. aishh seram sejuk lah kan.. tp aku tarik nafas dalam2.. then baru start.. Alhamdulillah aku rasa aku sudah wat yg terbaek semalam.. pastu berbincanglah dengan lecturer.. owh yeahh.. kelemahan, aktivity kurang generate ideas.. huhu.. emmmm.. abes perah da ehh.. xpelah.. cegu sains mmg gini.. kene kreatif dan korek idea pelajar.. tabah qi!!.. Overall yg lain ok.. suaraku? hehe.. anak jawa mmg suara kuat dan lantang.. ;-) ok ni aku xkan lupa.. lecturer kata... awak ngaja steady je.. bagus.. tp 5 minit terakhir jd nervous.. nada suara da laen.. musti takot masa xcukup kan? aku pun senyap dan sambil berkata..hmm mmg pun puan! heeee~ dok tengok jam waktu akhir2.. hehe.. pape pun.. segala teguran, aku akan belajar..



Haa.. amek ko... aku rasa dah macam RPH lecturer.. penuh contengan dia saja.. aishh.. bazir dakwat je tu PN Haslinah.. hehe..



Ok cegu Sakinah! Berusaha.. =)



Untuk diri :

Belajar dari kesilapan qi.. =)





Thursday, March 24, 2011

Cegu Sakinah =)


Salam wbt

Waa.. banyaknye sengsawang.. habuk pun!! huhu... hmm da lam rasa tidak berblog.. aku busy ker?? agak busy kowt.. well ni minggu pertama aku berpraktikum... hurm.. ahaa.. apa ye? i hve no exact feeling about my prac.. Macam2 perasaan ada.. tapi untuk diri ini.. rasa praktikum totally mencabar.. dan aku rasa cabaran aku ditambah lagi dengan ketiadaan kenderaan nak menuju ke sekolah.. mungkin aku tidak seperti rakan - rakan lain.. tapi xpe.. bertabah qi! Berpraktikum bersama k.ros sedikit sebanyak menenangkan aku neh.. hor lahh.. aku ni kelam kabut.. huhu..

"stesen terakhir, Ampang. Terima kasih menggunakan LRT laluan Ampang"

haaa... ni ayat hari - hari aku dengar.. hehe.. letih tak naik LRT? of course! tapi enjoy je lah.. =) dan setiap keletihan, aku tidak mengeluh dasyat.. kerana aku tahu Allah Maha Adil.. Mungkin aku susah ketika ini.. setiap kesusahan, ada kesenangan.. InsyaAllah, Allah akan permudahkan perjalanan praktikum ku.. Amiiinn~ (Bagus qi!.. ;-) ) Secara jujurnya, bila start praktikum, i start knowing what is the meaning of 'sacrifice'.. =)



Cegu Sakinah harus bertabah! ;-)


With k.ros yang sempoi~

My Sekolah : SK Ampang, Jalan Merbau, Kg Baru..

Hari pertama hingga hari kedua.. i'am not stabil.. =( huhu.. tapi kawan2 baru, zaherah dan anis telah sedikit sebanyak menghilangkan tension di sekolah.. thanks kowg1 Tapi yang aku suka.. cegu2 kat sekolah.. mereka sangat friendly dan b/sama dengan kami2.. like2.. =) Alhamdulillah cegu sains pun membantu dengan banyakknya.. Dan mujur saya ada seseowg.. seseowag yang menjadi pendengar, tempat mengadu yang baik.. =)) heee~ dengarlah ye daq kecik ni mengadu2 tentang prac.. ;-)

Hari ketiga dan keempat.. semakin ok.. semakin faham.. semakin selesa.. semakin serasi.. I know sudah buku RPH.. Berat ok! huhu.. Main dengan kapur.. main dengan kertas.. main dengan gambar2.. main dengan budak2.. hehe.. suasana sekolah~ nice and like2.. =)

For the next time, i'll keep praying for my besh.. Segala hanya dariMu.. dan segalanya adalah aturanMu.. dan kepadaMu sahaja aku memohon petunjuk dan mengharap.. Amin Ya Rabb..

Untuk diri:

U r learning qi.. u sudah semakin dewasa.. dan almost menjadi guru.. seorang pendidik.. tabah! =)