Salam wbt..
Dua malam.. ya.. dua malam.. hati ku sangat tenang.. melihat ciptaan Ilahi yang tiada tandingan.. bulan.. ya.. bulan purnama yang memancarkan cahayanya.. memancarkan segenap kepekatan malam.. sungguh.. aku sangat tenang.. aku berhentikan langkahku.. berdiri memandangnya.. Subhanallah.. malam itu aku rasakan, sungguh indah.. tersergam megah.. entah kenapa aku begitu terusik melihat keindahan langit malam ketika itu...kaget.. sebak hati menahan.. seperti aku marasakan ingin ku capai, ku genggam, ku peluk erat agar sentiasa bersama aku.. KAU sungguh Agung Ya Allah.. hanya dengan bulan.. KAU telah mengusik hati kecilku akan kebesaranMu.. =((
Tatkala aku melihat bulan.. timbul di hatiku kelemahan diri.. kelemahan insan bernama manusia, kelemahan insan bergelar khalifah di Bumi Allah! =(( ya.. aku insan yang lemah.. Aku jalan.. dan terus jalan.. aku berfikir sekiranya aku mati sekarang, di manakah aku di sisiNya? aku akui.. terkadang aku lalai.. terkadang aku leka.. kerana? kerana kelemahan diriku..... aku bukan insan yang sempurna.. dan aku juga tidak mahu dipandang sempurna oleh mereka kelemahan diri aku ini... hanya aku yang memahami.. lantas.. kata maaf ku jadikan satu kata yang akan meredakan hati manusia lain atas kelemahan diriku.. apa lagi yang mampu aku lakukan? hanya kata maaf dari mulut dan hatiku..
aku berjalan lagi.. aku berfikir sejenak.. manusia? kenapa manusia semakin kejam? ni lah yang sering mengganggu aku.. sebab?? sebab aku.. sebab hatiku ini sensitif.. =( tapi aku melihat sesuatu perkara atas dasar kebaikkan bersama.. tapi, tapi kenapa mereka tidak faham? hurrmmm.. jika diikutkan kata hati.. mungkin.. xpelah, ku sedar kelemahan diri.. jadi langkahku, berdiam.. biar pahit.. langkahku, sentiasa berfikiran positif.. yaa.. mmg sukar untuk terima.. tapi aku harus terima.. cuma aku tidak faham.. kenapa harus ada manusia sedemikian? atau aku sahaja yang tidak boleh menerima? kadang aku sering minta maaf pada hatiku.. kerana sering menahan sebak kesedihan... tabah ye hati! usah berkecil hati dengan sikap manusia!

“Cukup bagiku Allah adalah segalanya”
Untuk Diri:
May Allah bless you qi.. =)
No comments:
Post a Comment