
Monday, February 28, 2011
'Only'

Monday, February 21, 2011
Hurmm..
Salam wbt
Beberapa hari ini.. aku cam tak kenal diri aku.. aku lebih senang termenung bersendirian.. there must be something.. Aku pun tak tahu.. rasa pelik dalam semua hal.. rasa bingung2.. emosi xstabil.. kenapa ye diri ini.. sometimes rasa xnak keluar bilik.. lebih syahdu.. aku asyik teringat ke rumah.. kenapa ni qi.. Hari2 teringat ke rumah.. teringat ke mak.. tya mak, "mak xmo dtg KL?".. mak jawab.. "KL bukan kat Johor".. ok mak.. ina paham.. rindu ke mak.. abah.. akak.. adik.. rayyan.. hati tiada di maktab.. kenapa ni qi.. hurmm..
Untuk diri:
Tenang – tenang ye qi..
Saturday, February 19, 2011
Rindu
Salam wbt
Aku RINDU padaMU.. =((( sangat! Nak terbang ke tempat - tempat ni.. sekarang =((



Subhanallah.. Allahu Akhbar!
Sunday, February 13, 2011
Cinta Ilahi, Cinta Insani, Cinta Nafsi
Salam wbt

Ni adalah perkongsian ilmu.. menarik dan meaningful.. jadi bagus kiranya kalau aku letak kat blog.. then bila masa terluang boleh baca semula.. refresh2 balik.. InsyaALLAH.. Bukan apa.. kang terlupa apa yang dibincangkan.. manusia kan, senang lupa.. huhu...
“Sebenarnye nye xslah bcinta.. sbb klau boleh prasaan cinta tu dmtikan..slah la bercinta..tp mslahnya skang..prsaan cinta tu lahir dri prsaan yg xbleh dmatikan..ia dtg ngn sdri..jadi...skang kte sbgai rmaja..kte xperlu fkir psal slahkan bercinta.. tpi kemanakah kte ptot mghalakan cinta tu.. sbb cinta tu memg wujud..cinta terbahagi kepada 3..cinta insani..cinta ilahi n cinta nafsi..cinta insani ni...cinta kita kpd dri sdri..kpada ibu bapa..sdara mara,shabat handai..teman2 rapat.. cinta ilahi..of course kpd ALLAH S.W.T kn.. kpd rasulallah S.A.W..mlaikat2nya.. kitabnya al-quran nulkarim... dan terakhir cinta kpd nafsi..cinta kpda kbendaan..cinta kpda hobi,,minat kte.. shabat nabi ade pernah kn..die mgabaikan tggungjwab nye pda kuarga n dri sdri dsbbkan tlalu cintakan ALLAH.. tpi sorg lagi shabat nabi..salman al-farisi xsilapp..die pun ckap.. kamu kena ingt.. kte ade HAK untuk diri sdri..Hak untuk kuarga..hak untuk Tuhan.. jdi jgn abaikan slah satu drpdanya..”
“p2,kte kn sbgai rmaja.. cinta ape yg ptot ntuk kte kan.. cinta insan tu memg la ada kan.. tpi kena la ada batas2.. n seeloknya.. cinta ilmu dlu wat mse ni sbb ia plg berkat.. n sbukkan dri cari ilmu.. spya x tlalu lagha ngn cinta insan,.. tu la rumusannya.. p2,die kupas psal valentine.. sbnarnya brasal dari agama kristian.. n actually xde pun valentine ni..cume agam kristian je yg create bnda2 baru dlam agamnya.. byk bnda baru yg diaorg create..(bidaah) agama kristian ni pyelewengan agama islam oleh pgikut nabi isa yang sesat kn? haa..cmtu la.. kbnykn hari2 diaorg ni..drpd legend2.. dongeng2.. sbnrnye xde pun..”
Saya – “ok..jadi kepentingan sekarang.. lebih kepada cinta pada ilmu.. InsyaAllah..kita akan berusaha ke arah itu..”
“yap2! so,kite kena cari ilmu dlu qi.. 6t kte combine2 kan..ceyy~”
Saya – “owh ok2.. thanks sudi berkongsi.. menarik dan meaningful..”
“tp ingt tu..xslah bcinta..jga batas2 n biar slg mbantu mcari kredhaan.. insyaallah qi!”
Saya - "sbb klau boleh prasaan cinta tu dmtikan..slah la bercinta..
tp mslahnya skang..prsaan cinta tu lahir dri prsaan yg xbleh dmatikan..ia dtg ngn sdri.. further sikit..”
“camni qi.. prsaan cinta ni ia dtg dgn sdri.. tpi bleh kah kte matikan prsaan cinta tu dgn serta merta..tbe2..hilg prsaan cinta tu.. msti la x kn..ia akn ade je ngn kte..ia akn hadir..ggu kte kn..sbb prasaan cinta tu memg wujud dlam dri kte..sbb tu dkatakan x slah..sbb cinta tu memg wujud..cume kite kena guna cinta ke arah yg sptotnya je..yg sebetolnya..”
Ok, sampai di sini dahulu.. ringkas dan padat.. further, coming soon.. InsyaAllah.. Thanks to him.. =)
Untuk Diri:
Cari cinta Ilmu qi.. dan seimbangkan Cinta Ilahi, Cinta Insani dan Cinta Nafsi.. InsyaAllah..
Tuesday, February 8, 2011
Ouhhh Lelaki, Ouhh Perempuan
Ouhhh Lelaki, Ouhh Perempuan
Aishh godeh punya godeh terjumpalah benda ni.. agak menarik.. dan ada juga yang kena batang hidung.. dushhh2! ;-) Lelaki dan wanita.. Masing - masing Allah ciptakan dengan kelebihan tersendiri.. di samping kelebihan tersingkap juga kekurangan.. kerna manusia itu ciptaanNya.. Tiada yang sempurna melainkan kesempurnaan hanya padaNya.. dengan kata omputihnya.. 'Nobody perfect'.. =) Maka benda ni boleh lah aku jadikan panduan.. dan berhati - hati dalam setiap tindakan, kerana lelaki dan wanita saling melengkapi.. masing – masing ada tanggungjawab.. dan masing – masing perlu belajar behaviournya.. =)
Konsep amanah/tanggungjawab boleh dilihat dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Kamu sekelian adalah penggembala (pemimpin) dan kamu akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinanya. Seorang ketua adalah pemimpin dan kamu akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Seorang ketua adalah pemimpin dan kamu akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Dan seorang suami adalah seorang pemimpin ke atas anggota rumahtangganya dan dia akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin ke atas ke atas rumah suami dan anaknya dan dia akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Seorang khadam bertanggungjawab terhadap harta tuannya dan dia akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya.”
Kisah 1:
Orang perempuan - suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. (ye kowt.. sebab nak nampak suami handsome, kemas jee..;-))
Orang lelaki - biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya. (ye kowt.. tapi sebelum isteri pakai baju ketat ag da patut tegur/nasihat)
Kisah 2:
Orang perempuan - menumpukan kepada aspek perasaan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban. (Ouhh tepat sekali,,, "wink2")
Orang lelaki - sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal (nak yang cantik je lah tu~) atau kebendaan (mata $! Hehe..)
Kisah 3:
Orang perempuan - mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan (aah2... =))
Orang lelaki - Mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.(tak semua kowt) jadi elakkan mencabar suami.. (Ok2.. xbuat gitu)
Kisah 4:
Orang perempuan - Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri! (aishh boleh bukak sarung pedang gini.. ;-))
Kisah 5:
Orang perempuan - apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain.
Orang lelaki - mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
Kisah 6:
Orang perempuan - Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. (setujuuuuu~)
Orang lelaki - Lebih fleksibel! (huhu.. xsemua kowt~)
Kisah 7:
Orang perempuan - mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun.
Orang lelaki - menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
Kisah 8:
Orang perempuan : emosi perempuan ibarat ombak. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.(hehe.. haa betul dah tu)
Orang lelaki - emosi lelaki ibarat getah. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. (yeke?? ada je yang merajuk lama.. kalah perempuan)
Untuk Diri :
Belajar2,, banyak lagi qi kena tahu.. hehe
Monday, February 7, 2011
Pelita di LangitMu
Pelita di Langit
Pelita di langit
Berkelip penuh mengasyikkan,
Bersinar seindah rembulan
Merah tanda keberanian,
Biru tanda ketenangan.
Kuning tanda ketegasan
Sungguh, kau memang indah!
MasyaAllah!
Pelita di langit
Kau ciptaan Ilahi
Bisa merawat hati
Mengubat hati keresahan
Menenang hati kerunsingan
Tatkala hati dilanda ribut perihal dunia
Sungguh, kau pengubat jiwa duka!
Pelita di langit
Terkadang malam aku mencarimu
Kau berubah tempat!
Kau berubah arah!
Tapi ku tahu kau setia
Setia mengikut peredaran Ilahi
Mencipta keharmonian alam semesta
Pelita di langit
Jangan kau hilang di langit
Hiasilah langit ciptaan Ilahi
beredarlah mengikut ketetapannya
Kerna kau, hatiku semakin dekat padaNya
Kerna kau, ku sedar diri hanyalah insan kerdil
Kerna kau, ku belajar mencintai ciptaanNya..
~Barakallah~
Nukilan hati : Sakinah Idrus
Untuk Diri:
Alam adalah gurumu qi..

