Tuesday, February 8, 2011

Ouhhh Lelaki, Ouhh Perempuan

Salam wbt


Ouhhh Lelaki, Ouhh Perempuan


Aishh godeh punya godeh terjumpalah benda ni.. agak menarik.. dan ada juga yang kena batang hidung.. dushhh2! ;-) Lelaki dan wanita.. Masing - masing Allah ciptakan dengan kelebihan tersendiri.. di samping kelebihan tersingkap juga kekurangan.. kerna manusia itu ciptaanNya.. Tiada yang sempurna melainkan kesempurnaan hanya padaNya.. dengan kata omputihnya.. 'Nobody perfect'.. =) Maka benda ni boleh lah aku jadikan panduan.. dan berhati - hati dalam setiap tindakan, kerana lelaki dan wanita saling melengkapi.. masing – masing ada tanggungjawab.. dan masing – masing perlu belajar behaviournya.. =)

Konsep amanah/tanggungjawab boleh dilihat dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

“Kamu sekelian adalah penggembala (pemimpin) dan kamu akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinanya. Seorang ketua adalah pemimpin dan kamu akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Seorang ketua adalah pemimpin dan kamu akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Dan seorang suami adalah seorang pemimpin ke atas anggota rumahtangganya dan dia akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin ke atas ke atas rumah suami dan anaknya dan dia akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Seorang khadam bertanggungjawab terhadap harta tuannya dan dia akan diminta mempertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya.”


Dan ini pula, kisah emosi lelaki dan perempuan.. kebanyakannya beginilah..


Kisah 1:

Orang perempuan - suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. (ye kowt.. sebab nak nampak suami handsome, kemas jee..;-))

Orang lelaki - biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya. (ye kowt.. tapi sebelum isteri pakai baju ketat ag da patut tegur/nasihat)

Kisah 2:

Orang perempuan - menumpukan kepada aspek perasaan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban. (Ouhh tepat sekali,,, "wink2")

Orang lelaki - sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal (nak yang cantik je lah tu~) atau kebendaan (mata $! Hehe..)

Kisah 3:

Orang perempuan - mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan (aah2... =))

Orang lelaki - Mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.(tak semua kowt) jadi elakkan mencabar suami.. (Ok2.. xbuat gitu)

Kisah 4:

Orang perempuan - Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri! (aishh boleh bukak sarung pedang gini.. ;-))

Kisah 5:

Orang perempuan - apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain.

Orang lelaki - mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

Kisah 6:

Orang perempuan - Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. (setujuuuuu~)

Orang lelaki - Lebih fleksibel! (huhu.. xsemua kowt~)

Kisah 7:

Orang perempuan - mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun.

Orang lelaki - menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

Kisah 8:

Orang perempuan : emosi perempuan ibarat ombak. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.(hehe.. haa betul dah tu)

Orang lelaki - emosi lelaki ibarat getah. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. (yeke?? ada je yang merajuk lama.. kalah perempuan)



Untuk Diri :

Belajar2,, banyak lagi qi kena tahu.. hehe

2 comments: