Sabar? Apa yang difahami tentang sabar? Seringkali perkataan sabar muncul tatkala seseorang insan ditimpa musibah.. baek penerima musibah mahupun orang sekeliling.. perkataan yang selalu muncul?
"sabarlah.."
"usah difikir lagi, kita sabar je..."
"sabar itu separuh dari iman"
"sabarkan aje lahh.."
"sabar, segala yang berlaku ada hikmah"
bila dengar perkataan sabar, ada insan yang secara tiba - tiba akan menjadi lembut hatinya, mengesat air mata.. lalu menarik nafas sedalamnya agar menjadi seorang yang sabar.. Alhamdullilah.. ada insan pula, secara tiba - tiba kan menjadi seperti cacing kepanasan.. berpaling dan tidak peduli..
"ahh, aku dah penat bersabar!" atau "sabar aku ada hadnya juga!"
Insan bagaimanakah diri ini?? Di mana aku? hurmmm...
bagaimana nak ukur sabar tu? neraca ka? penimbang eleektronik ka? jawapannya.. TIADA.. dan TIADA.. dan bila tiada alat nyata mengukur sabar.. insan menjadi sambil lewa.. Ouhh.. jika lah mereka tahu bahawa.. sabar itu berat timbangannya.. sudah pasti mereka akan berebut - berebut menjadi insan paling sabar di dunia..
Dan Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)
Dan Allah Ta’ala berfirman:
وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الأُمُورِ
“Tetapi orang yang bersabar dan mema`afkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.” (Asy-Syuuraa:43)
Dan Allah Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)
aku sendiri sedang mendidik diri agar menjadi insan yang sabar,. InsyaAllah.. jua ingin menjadi insan yang tabah.. sabar dan tabah dalam menghadapi segala bentuk ujian.. jujurnya, menjadi seorang yang sabar sangat sukar.. namun, aku harus berusaha.. Sabar dari segi istilah bermaksud menahan.. maka aku harus menahan diri dari marah, melenting, kena cool2.. (bolehkah aku ni.. =(().. Dalam hadith pula mengatakan.. sabar yang betul - betul sabar bila di awal musibah lagi sudah bersabar.. tapi aku, kadang - kadang.. mula - mula marah jugak, lepas tu baru sabar.. aishh.. kena latih diri senantiasa sabar dari awal.. huhu..
Or otherwise.. tukar nama lah jadi NURUL SABARREENA.. orang panggil aku sabar je nanti.. hehe.. can ka?

Untuk Diri:
Sabar qi.. =)