Salam w.b.t
Angkat tangan kanan, letak pada hati,
Angkat tangan kiri letak pada hati,
Tanya pada iman siapa diri ini,
Nanti iman jawab Aku Pejuang Allah..
Lagu ini telah aku pelajari bersama rakan lain bersifukan abang Wan.. Nampak ringkas tapi punyai makna tersirat.. dan rasa macam kena hunus dengan pedang diri ini..
Persoalannya : Sudahkah diri layak digelar Pejuang Allah?
Selalu kita zahirkan melalui kata - kata istilah Pejuang Allah.. hakikatnya? Sebanyak mana ajaran agama Islam, Syariat Islam yang telah ditegakkan? dilakukan? ditarbiahkan? hmm.. rupa - rupanya, aku masih bertatih, terhuyung hayang untuk mencapainya.. mungkin bila dilihat balik, tugas atau t/jawab sebagai Pejuang Allah sangat berat.. tidak semua dapat melakukan dengan sesempurnanya.. pelbagai cubaan, dugaan dan rintangan yang dihadapi.. Aku akui, setiap insan tidak sempurna (tak perfect),, begitu juga dengan aku.. namun, apa yang tertanam dalam diri aku setiap masa.. menjadi PEJUANG ALLAH ITU PERLU.. bagaimana? terpulang kepada individu untuk melakukannya.. kerana setiap insan mempunyai cara yang berbeza... Pejuangan bukan dilihat kepada ketajaman pedang, ketahanan fizikal, kepetahan berkata - kata, namun.... niat dan hati kita.. adalah satu kurniaan dari ALLAH sekiranya kita diberikan peluang untuk sedar akan t/jawab sebagai Pejuang Allah.. usah bersedih jika merasakan diri tidak seperti seperti Pejuang Islam terdahulu, Umar Al-Khatab yang tegas, Khalid Al-Walid digelar 'pedang Allah'.. Para srikandi, Aisyah Al Humairah, Sumayyah, Ainul Mardiah... namun, tetapkan dalam hati, HARUSLAH BERUSAHA MENCONTOHI mereka.. sungguh aku kagum dengan keimanan dan perjuangan mereka..
Seperti yang diperkatakan, setiap orang mempunyai cara berbeza untuk berjuang.. terutama dalam era kemodenan dan perkembangan dunia sekarang.. Usah risau pandangan orang lain terhadap apa yang kita lakukan.. Sedikit kecewa dengan segelintir saudara - saudara kita yang mempertikaikan cara kita berjuang, bermujahadah malah memperkecilkan.. perlukah begitu? bukankah sebagai saudara kita perlu saling memperingati dan menyokong? Pada pandangan aku, bagi sesiapa yang menuju ke arah perjuangan, berilah semangat.. dan usah mengharap cara kita berjuang sama dengan orang lain berjuang.. bukan kah kita perlu mengikut kemampuan diri di samping pertolongan ALLAH?
Kita tidak boleh digelar pejuang bila;
1. Diuji hati mudah keluh kesah
2. Dipuji hati berbunga
3. Ada ukhuwah ikatan longgar
4. Bertolak ansur payah
5. Rumah tangga haru biru
6. Berjanji mungkir
7. Disiplin diri tidak dijaga
8. Kuliah ilmu malas pergi
(Huhuhu.. rasa kena hunus pedang lagi sekali ======> :-(( )
Berbalik kepada persoalan, sudahkah diri digelar Pejuang Allah? Tepuk dada tanya iman.. InsyaAllah masih ada masa untuk menilai diri dan memperbaiki kelemahan diri..

Apa yang PENTING??
MENJADI PEJUANG ALLAH ITU PERLU
HARUSLAH BERUSAHA MENCONTOHI PEJUANG ALLAH
TERUSKAN BERJUANG DENGAN CARA TERSENDIRI
Untuk Diri:
Qi, sebenarnya apa yang dilontarkan dan ditulis di atas adalah untuk diri sendiri~ Berjuanglah qi..