Sunday, October 10, 2010

Cinta Kasih Mu

Salam w.b.t

Cinta Kasih Mu




Aku hambaMU,

Berlari dan terus berlari,

Arah mana harusku tuju,

Mencari hanya satu,

Cinta Kasih Mu.


Aku hambaMu,
Terleka dengan hati,

Tercamping dengan iman,

Bagaimana harusku temui,

Cinta Kasih Mu.


Aku hambaMu,

Sungguh mengharap padaMu,

Lemah dalam rinduMu,

Hanya satu pintaKu,

Cinta Kasih Mu.


Aku hambaMu,
Tiada noktah cinta padaMu,

Berilah kekuatan padaku,

Dalam ilham dan rahmat,

Cinta Kasih Mu.
Ya Rabbal Alamin..

by : Sakinah Idrus

Hmm.. sedikit luahan hati seorang hamba Allah yang banyak kekurangan.. semoga puisi simple ini menjadi pedoman kepada semua.. Yakin dan pasti setiap hamba Allah pasti merindukan cinta dan kasih dari Allah.. aku jua merindui.. aku selalu berdoa agar aku sentiasa berada di bawah cinta dan kasih Allah.. Begitu banyak cabaran dan dugaan yang mendatang.. terkadang, aku sedih memikirkan diri ini.. seringkali terleka dibuai pelbagai mimpi.. Di dunia, hanyalah tempat persinggahan.. yeah, aku selalu mengingatkan diriku agar bangkit dari mimpi.. yang paling aku takut sekiranya aku jauh dari Allah.. MasyaAllah.. tapi aku bersyukur kerana aku masih ada keluarga, kawan - kawan dan teman... yang sentiasa mengingatkan diriku ini.. syukron semua.. =)) and this is the reason why i put my blog's name, Cinta Kasih Mu... =) semoga apa yang diusahakan mendapat keberkatan dariMu, Ya Allah..
barakallah~


Untuk diri:
Qi, teruskan mencari Cinta dan Kasih Allah s.w.t.. insyaAllah

No comments:

Post a Comment