Salam w.b.t
Ahh rasa nak meroyan.. pernah rasa diketuk@ditegur oleh Allah? Bila ianya berlaku, maka kita akan tersedar dari kesilapan yang telah kita lalui. Well, dalam beberapa hari ini, pelbagai persoalan dalam diri.. Malu dengan Allah atas kekhilafan diri.. tapi aku bersyukur, kejadian - kejadian tersebut telah memberi keinsafan dan kesedaran diri kepada aku.. walau berbeza fikrah, namun aku tetap yakin, Allah mengetahui niatku ini.. manusia sering mencari kesalahan orang lain.. tidak mengapa, aku mengambil ia sebagai refleksi kepada diri aku.. setiap yang berlaku ada hikmah.. dan aku, percaya dan yakin pada janji Allah..

Ya Allah.. ampunilah aku.. dosaku menggunung.. juga seperti pepasir di pantai.. aku hambaMu yang lemah.. sering terleka dengan nikmat duniawiMu.. Rasa sangat sedih dalam hati ini.. ye aku ceria di luar.. di hati sering menangis memikirkan kejahilan diri.. Allahu Akhbar! Allah Maha Besar.. bila terpandang ayat ni.. berguguran air mata mengenangkan diri..
" Wahai hamba - hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa - dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Qs 39:53)
MasyaAllah, aku sudah melampaui batas terhadap diri aku sendiri.. hmm.. Ya ALLAH.. Aku mohon Cinta dan Kasih Mu..
Untuk Diri:
hmmm... =( masih banyak lagi qi yang perlu dipelajari dan diperbaiki..
No comments:
Post a Comment